KAHERAH,12 JULAI - Jenazah Allahyarham Abdul Khafiz Bin Mohamed Norok telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia, sriKeledanag, Hayyu Asyir pada jam 5.00 petang tadi. Beliau yang disahkan meninggal dunia pada jam 2.00 pagi tadi (12 Julai) di Hospital Amal, AinShams, Kaherah selepas mengalami pendarahan dan kecederaan yang serius di bahagian kepala ekoran terjun daripada van yang sedang laju bergerak.Namun berita kematiannya dimaklumkan oleh pihak hospital kepada pada pihak PMRAM Cawangan Shoubra jam 6.00 pagi. Tragedi itu berlaku malam kelmarin sejurus selesai mengadakan majlis perpisahan bersama sahabat-sahabatnya di Abud.Beliau dan salah seorang sahabatnya yang lain dikhabarkan pulang ke rumahnya di Shoubra jam 1.30 pagi. Dalam perjalananmenaiki van beliau telah diacukan pisau dileher oleh seorang warga Arab Mesir dan bergelut melepaskan diri sebelum nekadmengambil keputusan untuk terjun menyelamatkan diri daripada van yang dinaikinya itu.
Ekoran daripada peristiwa tersebut mangsa tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Maahad Nasir sebelumdipindahkan ke Hospital Amal, Ain Shams dan disahkan meninggal dunia di sana selepas mengalami koma sehari.
Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali dan Naib Presiden III, Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi merangkap KetuaKebajikan dan Kemanusiaan PMRAM bergegas ke hospital tersebut sejurus menerima berita kematian mangsa daripadaPengerusi PMRAM Cawangan Shoubra, Saudara Mohd Naim Abdul Rahim kira-kira jam 10.00 pagi.
Urusan memandikan dan mengkafankan jenazah selesai dilakukan di Hospital Amal. Jenazah dibawa ke Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir dandisembahyangkan di sana oleh hampir 300 orang mahasiswa Malaysia pada jam 4.00 petang. Turut hadir adalah pegawai-pegawai KBMK, EME, danwakil delegasi rombongan Kerajaan Negeri Kelantan. Sejurus selepas itu, jenazah dibawa dan dikebumikan di Perkuburan Hayyu 'Asyir tepat jam 5.00petang.
Arwah merupakan mahasiswa tahun tiga yang menuntut di Maahad Qiraat Shoubra dan bakal menamatkan pengajian beliau pada tahun ini.Beliau adalah anak kelahiran negeri Johor dan seorang yang peramah serta suka membantu kawan-kawan yang lain dalam memastikan kecemerlanganakademik.
"PMRAM mengucapakan ribuan terima kasih kepada seluruh mereka yang telah membantu proses pengkebumian jenazah Saudara Abdul Khafizterutama pegawai-pegawai KBMK, EME dan seluruh warga PMRAM Cawangan Shoubra dan mahasiwa malaysia umumnya. Mudah-mudahanarwah ditempatkan bersama dengan golongan para nabi, syuhada dan orang-orang soleh. Mahasiswa juga dinasihatkan agar lebih berwaspadaterutama apabila keluar pada waktu malam". Ujar Presiden PMRAM 2012, Saudara Abdul Aziz bin Ali sejurus selesai urusan pengkebumian jenazah.

No comments:
Post a Comment