Tuesday, 31 July 2012

Orang Pertama Masuk Syurga


Rasulullah SAW., bersabda: “Sesungguhnya ahli ma’ruf (orang yang suka berbuat baik) di dunia, mereka akan menjadi ahli ma’ruf di akhirat. Orang yang pertama masuk syurga adalah mereka yang ahli ma’ruf.”
Ahli Ma’ruf atau ahli kebaikan, ialah orang Islam yang suka berbuat kebaikan semasa hidup di dunia. Kebaikan yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk mendapat redha atau perkenan Allah s.w.t. dan bukannya mengharap balasan daripada orang.
Mereka akan menolong sesiapa yang berada dalam kesusahan dan mengambil berat tentang masalah orang lain. Misalnya jika mereka melihat ada kereta rosak, sekurang-kurangnya mereka akan membawa ke bengkel atau workshop yang berdekatan.
Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Carilah kebaikan daripada orang-orang yang mempunyai sifat belas kasihan daripada umat-Ku tentu kamu akan dapat hidup di bawah lindungannya, dan janganlah kamu mencarinya daripada orang yang keras hati kerana sesungguhnya laknatku akan menimpa ke atas mereka. Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah menciptakan kebaikan dan telah menciptakan ahlinya, maka dijadikan-Nya kebaikan itu disukai mereka, dan dijadikan mereka senang melakukannya, dan diarahkan para pencari kebaikan itu kepada mereka, sebagaimana dia mengarahkan air ke bumi yang menyimpan air untuk menghidupkan penghuninya.Sesungguhnya ahli kebaikan di dunia itu adalah ahli kebaikan di akhirat.” (Riwayat Hakim melalui Ali k.w).

Leraikan dan Damaikan Pergaduhan

Gambar hiasan

Rasulullah saw bersabda “Apabila seorang lelaki dipukul dan kamu berada di antara sekumpulan orang (yang memukulnya), jadilah kamu sebagai penolong lelaki itu dan cegahlah mereka (yang memukulnya), selepas itu tinggalkanlah mereka (Riwayat Ibnu Dunya dari Anas r.a.)
Bantulah orang yang dipukul terutamanya saudara sesama Islam. Jangan dibiarkan atau “buat tidak tahu” dan melihat sahaja saudara kita dipukul dan dibelasah secara beramai-ramai. Hadith ini adalah “order” daripada Rasulullah s.a.w., berdosa sekiranya kita “pejam mata” dan tidak menolongnya. Sekurang-kurangnya halanglah atau buat “report”, damaikan, leraikan pergaduhan dan suruh mereka berhenti dari memukulnya. Kita perlu campurtangan dalam hal sebegini kerana umat Islam adalah bersaudara.
Umat Islam dilarang mengacu senjata sesama mereka kerana kita adalah bersaudara. Maksud hadith: Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: Sesiapa yang menghunus senjata kepada kita, maka ia bukan dari kalangan kami. Ini bukanlah bermakna mereka yang mengacu senjata itu adalah kafir, cuma mereka tidak termasuk dalam kumpulan Rasulullah s.a.w.
Islam adalah agama perdamaian dan umat Islam mestilah bersatu padu. Dalam Islam, haram tidak bertegur sapa sesama Islam selama tiga hari (kerana bergaduh). Dari tidak bertegur sapa boleh membawa kepada perpecahan dan akhirnya umat Islam menjadi lemah. Kata pepatah Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh”. Kata pepatah asing “Kekuatan itu ada dalam kesatuan“. Kita dilarang memusuhi sesama Islam, walaupun di antara Ahli Sunnah dan Syiah. Syiah masih Islam, cuma mereka tergelincir. Dalam sebuah hadith disebut, jangan kafirkan mereka yang sembahyang menghadap kiblat.
Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan (Ya). Sabda baginda:mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” – Riwayat Abu Daud.
Malah kita juga diharuskan berbohong untuk mendamaikan antara manusia yang bersengketa. Tiada istilah bohong sunat, cuma ia diharuskan bagi tujuan perdamaian. Rasulullah SAW bersabda:”Bukanlah termasuk pendusta (pembohong) orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” Begitu juga seorang isteri dibolehkan berbohong demi untuk menjaga keharmonian rumahtannga, misalnya dalam soal nafkah.Ini diceritakan dalam kisah Hindun yang mengadu kepada Rasulullah terhadap suaminya Abu Sufyan yang mempunyai harta tetapi kedekut. Hindun mencuri sebahagian harta Abu Sufyan untuk keperluan dirinya. Rasulullah SAW membenarkan Hindun mengambil harta Abu Sufyan walaupun tanpa pengetahuan Abu Sufyan dengan kadar yang munasabah.
Janganlah bertengkar walaupun dalam soal agama. Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar. “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

Gambar hiasan
99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman ialah:


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukansesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula  orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kitasebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Batal, Tidak batal, Dan makruh Dalam Berpuasa


Gambar hiasan

Perkara-perkara yang membatalkan puasa sebagaimana yang disepakati (Ittifaq) ulama’ berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma’ ialah empat perkara;

1) Makan,
2) Minum,
3) Jima’.
4) Haid dan Nifas.


Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa:
1) Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada dalil, maka tiadalah hukum makruh atau lain-lain terhadapnya.

2) Anda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.
3) Tidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwak atau dengan berus gigi.
4) Sekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.
Perkara makruh yang dilakukan di bulan Ramadan Ini:

Antara perkara makruh ialah BANYAK TIDUR PADA SIANG HARI, tidak melakukan perkara yang disunatkan, MENGUMPAT dan bercakap kosong, berkelahi sesama saudara Islam.

Lagi...

1- Pendapat yang mengatakan “al-Jauf”, iaitu rongga yang membatalkan puasa apabila masuk makanan ke dalamnya adalah “Ma’idah” (perut) sahaja, tidak termasuk lubang-lubang lain di badan manusia.
2- Ulama’ semasa berbeza pendapat tentang “Bakhkhah ar-Rabwu” (penyembur gas untuk penyakit lelah). Pendapat yang paling hampir dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.
3- Pil yang diletakkan di bawah lidah bagi pesakit jantung, yang dihisap secara terus dan tidak masuk ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa.
4- Alat yang dimasukkan ke dalam ma’idah (usus) untuk mengesan penyakit juga tidak membatalkan puasa. Kecuali jika diletak ubat/minyak pada alat tersebut maka ia boleh membatalkan puasa.
5- Ulama’ semasa juga berbeza pendapat tentang ubat titis ke dalam hidung. Ada yang mengatakan tidak batal, tetapi majoriti mengatakan batal. Pendapat yang paling hampir dekat dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.
6- Gas oksigen tidak membatalkan puasa kerana ia hanyalah angin/udara yang tidak terdapat anasir lain di dalamnya.
7- Begitu juga gas yang disedut melalui hidung, hukumnya sama dengan penyembur lelah (no. 2).
8- Bius setempat tidak membatalkan puasa. Manakala bius penuh sepanjang hari membatalkan puasa tetapi sekiranya pesakit tersedar dan masih berbaki waktu puasa hari tersebut tidak batal puasanya.
9- Ubat titis ke dalam telinga juga tidak membatalkan puasa kerana rongganya tidak bersambung dengan “Jauf”.
10- Ubat titis mata, mengikut majoriti ulama’ semasa, tidak membatalkan puasa.
11- Suntikan ubat melalui kulit, urat dan otot mengikut majoriti ulama’ semasa tidak membatalkan puasa.

12-      Memasukkan air dan benda yang boleh mengenyangkan seperti glukos ke dalam urat, mengikut majoriti ulama’ semasa adalah membatalkan puasa.
13-      Melumur minyak, losyen dan sebagainya pada kulit, tidak membatalkan puasa.
14-      Memasukkan alat seperti kamera, untuk mengesan penyakit ke dalam urat/saluran jantung adalah tidak membatalkan puasa.
15-      Begitu juga memasukkan alat ke dalam perut untuk mengesan penyakit, tidak membatalkan puasa. Tetapi sekiranya sampai kepada “Ma’idah” (usus), boleh membatalkan puasa.
16-      Dialisis (mencuci darah) yang mengandungi ubat-ubat yang boleh mengenyangkan atau memberi kekuatan boleh membatalkan puasa, sebaliknya kalau setakat membersihkan darah tanpa ubat-ubatan tidak membatalkan.
17-      Menggunakan cecair/sabun pencuci alat sulit wanita tidak membatalkan puasa.
18-      Memasukkan ubat ke dalam dubur untuk penyakit bawasir atau mengurangkan kepanasan suhu badan tidak membatalkan puasa, kerana ia tidak sampai kepada ma’idah.
19-      Memasukkan alat pengesan penyakit atau ubat melalui lubang zakar tidak membatalkan puasa.
20-      Menderma (mengambil) darah. Terdapat khilaf yang begitu besar dikalangan ulama’, tetapi pendapat yang lebih kuatnya tidak batal kerana dikiaskan kepada berbekam.

21-      Begitu juga mengambil sedikit darah untuk ujian pemeriksaan tidak membatalkan puasa.

Monday, 30 July 2012

HASAD DENGKI DAN IRI HATI


Gambar hiasan

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

Buruk sangka

Hasad dengki

Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu: 

Risau hati yang tak putus-putus

Bala yang tidak berpahala

Tercela yang tidak baik

Dimurka Allah s.w.t.

Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:

Pemerintah kerana zalim

Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)

Kepala desa kerana sombong

Pedagang kerana kianat

Orang dusun kerana kebodohan

Ahli ilmu kerana hasud

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."

Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).

Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."

Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"

Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk keneraka?"

Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:

Orang yang makan haram

Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)

Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin
Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu:

Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan)

Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam. 
Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini

Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."

Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba yang diridhoNya.

Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:

Jika bertemu harus diberi salam

Jika mengundang harus didatangi

Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)

Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah

Jika sakit harus diziarah

Jika mati harus dihantar jenazahnya
Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t. dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."

Didalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang utama.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:

Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain

Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"

Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.

Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya

Dia membantu kepada iblis laknatullah
Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."

sumber dari buku keburukkan hasad dengki dan iri hati di ringkaskan oleh saya.

Fadilat Solat Dhuha

Gambar hiasan

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

'Azab Dan Keburukan Besar Akibat Fitnah'

Gambar hiasan
Azab dan keburukan besar akibat fitnah
Muslimin sekalian! 

Telah berlaku di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a. satu peristiwa seorang yang dituduh menyebarkan berita yang dijangka membawa kepada fitnah telah dibawa ke hadapan khalifah, lalu khalifah berkata kepadanya: Sekiranya apa yang kamu bawa ini berita yang berhubung maka kamu termasuk di kalangan orang yang dinyatakan di dalam firman Allah Taala: 

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan. 

(Al-Hujurat: 6) 

Kemudian khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata lagi: Sekiranya khabar berita yang kamu bawa itu benar maka kamu termasuk di dalam firman Allah Taala: 

Ertinya: Yang mencela, pergi ke sana sini menyebarkan fitnah. 

(Al-Qalam: 11). 

Katanya lagi kepada lelaki itu "Atau (engkau tidak menceritakan khabar itu) dan aku memaafkan kamu." 

Lelaki tersebut memilih untuk menerima maaf daripada khalifah Umar bin Abdul Aziz dan tidak meneruskan niatnya untuk menyebarkan berita yang dibawanya itu. 

Apa yang berlaku menunjukkan bagaimana masyarakat Islam di zaman itu beramal dengan Islam - ajaran Islam bukan sekadar iman di dalam hati tetapi diamalkan di dalam kehidupan, di dalam keluarga dan masyarakat - menyebabkan mereka berhati-hati di dalam percakapan dan membawa berita-berita dan maklumat kerana bimbang sekiranya berita yang dibawa itu berhubung semata-mata maka ia akan membawa fitnah, atau walaupun berita itu benar, sekiranya boleh membawa kemudaratan di dalam masyarakat dan menimbulkan salah faham. Mereka benar-benar membuat pertimbangan walaupun khabar berita itu benar apa lagi sekiranya berita-berita itu memang salah dan bohong semata-mata. 

Adakah sifat ini masih ada pada zaman kita? Kerana di zaman ini maklumat dan khabar berita menjadi barang jual beli kerana mengejar harta benda tanpa mengira samada maklumat yang dibawa itu betul atau salah. Kerana hendak mengejar itu semua menyebabkan umat Islam lupa untuk menjaga hubungan persaudaraan Islam dan hubungan sesama manusia. Rasulullah s.a.w. telah menyebut betapa eratnya hubungan sesama mukmin dengan sabdanya: 

Ertinya: Perumpamaan perasaan cinta mencintai dan berkasih sayang sesama mukmin seperti satu badan, apabila salah satu anggotanya sakit maka seluruh anggotanya yang lain akan merasa demam dan berjaga malam. 

Adakah perasaan seperti ini masih wujud di kalangan umat Islam? Yang berlaku ialah pertembungan dan pertarungan sesama orang-orang Islam kerana kelemahan Islam dan iman di dalam diri mereka. Walaupun masih ramai orang yang menamakan diri masing-masing dengan nama Islam dan sangat marah apabila dikatakan kepadanya sebagai lemah iman dan Islam tetapi dalam masa yang sama mereka mempermainkan ajaran Islam dan membelakangkan kitab Allah dan ajaranNya. Bukan sahaja mereka membawa fitnah yang membawa dosa kepada diri mereka tetapi juga memalukan Islam dan umat Islam. 

Di antara perkara yang mudah menjahanamkan manusia ialah cakap-cakap bohong dan tidak benar. Islam membenarkan kita bercakap dan membiarkan berita sekiranya di dalam perkara menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar, dan di dalam menasihat dan menasihati di antara satu sama lain, bukannya untuk melepaskan geram, untuk menonjolkan diri dan menjatuhkan seorang yang lain. Marilah kita berlaku adil dan menjadi saksi-saksi yang adil bukannya saksi-saksi yang fasik dan boleh dibeli untuk melakukan tuduhan-tuduhan sesama manusia yang boleh membawa bencana kepada umat dan negara. 

Marilah kita menjadi contoh kepada umat manusia dan umat pilihan dan umat yang menjadi pemimpin kepada umat manusia yang bukannya umat yang buruk perangainya. Hendaklah kita malu kepada diri sendiri dan malu kepada Allah Taala sekiranya diri kita sendiri bernama Islam tetapi tidak beramal dengan ajaran Islam. Bagaimana umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka beramal dengan Islam sebagaimana ucapan Umar bin Al-Khattab r.a. 

Ertinya: Kita suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Bagaimana kita mencari kemuliaan dengan selain daripada cara yang dimuliakan kita, nescaya Allah akan menghina kita. 

Dan ingatlah Firman Allah, erti maksudnya: 

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah. 

(Ali-Imran: 110) 

Rasulullah contoh ikutan terbaik


KELAHIRAN Rasulullah adalah umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah telah berjaya memimpin dan membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.
Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud: "Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan ini mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa".
Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".
Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain, Rasulullah adalah 'role model' bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah itu terletak contoh pemimpin yang baik, contoh bapa yang baik, contoh suami yang baik, contoh jiran yang baik, contoh peniaga yang baik, contoh sahabat yang baik dan banyak lagi. Pendek kata, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh-tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah. Ini kerana umat Islam telah pun dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad.
Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan. Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat sebagai contoh ikutan. Apa yang lebih memilukan ada yang menjadikan golongan yang memuja maksiat dan bergelumang dengan najis dadah dan jenayah sebagai contoh ikutan mereka. Sedangkan semua itu bukan mengajak mereka kepada kebaikan tetapi mendorong mereka kepada kebinasaan dan kelalaian semata-mata.
Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi Rasulullah yang sentiasa mendapat jagaan dan peliharaan Allah.
Sahabat-sahabat pernah bertanyakan kepada saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah. Dia menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".
Jawapan itu dengan jelas menerangkan betapa Rasulullah telah menjadikan al-Quran itu sebagai sesuatu yang hidup yang dapat dilihat dan diikuti bukan saja oleh umat Islam bahkan oleh sekalian umat manusia. Oleh demikian, segala ajaran dan perintah Allah yang terdapat di dalam al-Quran dapat kita lihat secara praktikalnya sama ada menerusi hadis yang diriwayatkan oleh periwayat hadis yang muktabar ataupun melalui seerah Nabi Muhammad.
Oleh itu, segala contoh ikutan yang ingin diambil oleh umat Islam sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga, majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya semuanya ada di dalam diri Rasulullah.
Dengan itu, memperbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah sebagai 'role model' adalah satu kewajiban dan tuntutan agama yang perlu dilakukan oleh kita umat Islam.

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP MANUSIA

Gambar hiasan
Islam bererti penyerahan diri. Penyerahan diri di sini bukan bermakna pasrah atau putus asa, tetapi penyerahan ini bererti mengembalikan fitrah diri ini kepada pengaturan penciptanya.
Sebagaimana kita pasrah dalam masalah ajal dan tuah begitu jugalah kita perlu berserah dalam pengaturan cara hidup yang sebenar.

Allah mengaturkan seluruh kehidupan kita secara fizikal merupakan kepercayaan semua manusia. Semua manusia tahu bahawa mati itu ketetapan Tuhan. Sama ada mereka itu muslim atau bukan. Mereka juga akur bahawa pembinaan sel dalam rahim adalah aturan Tuhan secara fitrah. Manusia sekali lagi akur dengan fitrah bayi yang belajar menjadi manusia sedikit demi sedikit. Tetapi apabila sudah sampai tahap manusia memilih di sini ada yang memilih selain fitrah. Ada yang memilih selain penyusunan Tuhan.

Inilah yang dikatakan semua manusia itu diberi hak memilih. Kemudian mereka akan dibicarakan atas pilihan mereka. Islam merupakan satu system hidup yang paling sempurna. Allah menurunkan kitab Al Quran dalam tempoh 23 tahun kepada seorang nabi yang hidup dalam segenap lapangan masyarakat, bergerak dalam banyak suasana, bekerja dalam pelbagai bidang dan menjadi pemimpin kepada bermacam macam bangsa. Al Quran menceritakan semua kisah kisah penting umat dahulu sebagai panduan hidup. Al Quran kalau dirumuskan dapat kita fahami kesemua perbahasan Al Quran ada dalam satu Bab yang digelar Surah. Surah Al Fatihah mengandungi 7 ayat yang menyingkap isi Al Quran iaitu kita mesti melalui hidup dengan mengenali Tuhan. Islam adalah agama yang menukar peribadi manusia dengan hanya perakuan lisan tanpa sebarang upacara. Sekadar menyatakan “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.” Maka dia sudah menjadi Muslim. Dalam ayat kedua Al Fatihah Allah menceritakan tanggungjawab hambaNya adalah memuji Allah dan menyatakan Allah lah yang mencipta dan mentadbir alam ini dan bersifat pemurah lagi pengasih bahkan merupakan Raja di hari pembalasan merupakan alasan Allah mesti dipuja. Selepas perintah memuja Allah, Allah menyatakan tugas lanjut iaitu menyembah hanyasanya Allah serta meminta bantuan hanya dari Allah. Kita diberitahu supaya memohon pedoman untuk mengikuti jalan yang benar. Dan Al quran menceritakan kisah kisah silam bagi manusia menilai mana jalan yang benar dari kisah kisah orang yang baik. Kisah sempadan juga disertakan bagi manusia menghindarinya.

Jadi Al Quran merupakan perlembagaan hidup. Kalau dalam persatuan kita akan disembahkan 2 buku panduan. Satu undang2 tubuh satu lagi panduan kerja. Jadi Al Quran inilah undang-undang tubuh kemanusiaan kemudian panduan kerja itu adalah Rasul atau Nabi utusan Tuhan yang mempamerkan bagaimana kehidupan seorang Muslim.

Menjadi Muslim cukup dengan ungkapan 2 kalimah syahadah. Tetapi untuk menghindar seksaan neraka perlu kepada perlaksanaan perintah Allah dan meninggal laranganNya. Oleh yang demikian Nabi menceritakan beberapa perkara mesti dibuat bagi menghindar neraka iaitu solat, puasa, zakat dan juga haji jika mampu. Seandainya perkara ini dilaksana manusia itu akan terpelihara dari azab selepas mati. Namun manusia ditimbang kanan dan kiri, Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan terperinci mengikut kesesuaian manusia lantas Islam juga menjaga manusia dari menzalimi dan menindas manusia lain. Oleh yang demikianlah Islam menyenaraikan kepatuhan kepatuhan ini untuk kebaikan manusia pada dirinya dan pada orang lain. Sebagai cara hidup yang sempurna Islam juga menegah manusia dari beberapa perkara buruk supaya dijauhi, seperti zina, bunuh, curi, umpat, arak, judi dan perkara perkara yang merupakan gejala kepada masyarakat.

Islam bukan sekadar mengatur perkara perkara besar tetapi juga perkara yang disebut hal remeh. Seperti buang air, kebersihan diri, adab-adab amalan harian seperti makan, minum, bercakap dan sebagainya. Semuanya ada panduan yang lengkap menurut pandangan Islam dan bagaimana yang sebenarnya.

Islam itu lebih modern dari masa kini. Islam telah lama menceritakan hal – hal diet dan penjagaan pemakanan. Islam telah lama membicarakan tentang hak manusia seperti masalah hamba, masalah perkauman, masalah buruh, hubungan manusia dengan makhluk lain seperti binatang dan tumbuhan. Semua masalah yang dipandang sebagai perbincangan baru ole masyarakat barat telah lama Islam bincangkan.

Islam lebih ekonomis dari sistem perbankan. Islam menagajar jimat cermat tetapi menganjur kepada sedekah dan bermurah hati. Islam mewajibkan rasa puas hati dalam soal berjual beli dan sebarang urusniaga tunai atau hutang. Islam mengharamkan riba atau penindasan ekonomi. Islam tidak menyokong sikap suka berhutang. Konsep ekonomi Islam adalah lebih tulin.

Islam lebih adil dari saksama. Ketika mahkamah menghala kepada banyak kesalahan dalam menyabitkan kesalahan, Islam sebenarnya sudah lama menegaskan mensabitkan kesalahan itu perlu kepada tahap yakin iaitu 100peratus bersalah. Kerana pada pandangan Islam hukuman itu bukan untuk menzalimi tetapi untuk menyekat kezaliman. Jadi daripada kemungkinan tersalah menghukum lebih baik tersalah memafkan. Manakala hukuman dalam Islam adalah paling saintifik tetapi saintis enggan mendedahkannya. Islam menghukum pancung sebagai cara hukum bunuh, ini supaya saraf Tunjang putus dahulu sebelum saraf jantung. Ini mengelak dari pancutan darah. Walaupun ianya lebih ngeri dari melihat hukuman pancung.

Islam lebih politis dalam masalah kepimpinan. Islam mencegah sebarang rasa ingin berkuasa tetapi meletakkan beban yang sangat berat di atas bahu pemimpin bukan sebagai kebanggaan. Islam menjelaskan ciri ciri yang pelbagai untuk seorang pemimpin. Islam tidak menyamakan suara orang yang cerdik pandai dengan suara orang yang dungu. Islam mencegah keras amalan rasuah. Islam system pertama yang membezakan antara hadiah dan rasuah.

Sekiranya ada agama lain seperinci Islam maka yakinlah Islam bukan sahaja perinci tetapi tepat dalam setiap perinciannya. Tiada agama dalam dunia ini yang hanya bertuhankan Allah selain Islam. Ini menunjukkan pembebasan manusia dari penyembahan sesama ciptaan. Islam membebaskan manusia dari belenggu menghambakan diri pada bukan selayaknya kepada perhambaan yang sebenar.

Islam adalah yang sebenar dan Islam sahaja yang benar. 

Sunday, 29 July 2012

Akhlak mulia dan taqwa jaminan ke Syurga


Gambar hiasan

ISLAM meletakkan aspek akhlak di kedudukan tertinggi sekali gus membuktikan Islam agama mementingkan keperibadian ummah yang luhur. Malah Nabi SAW diutuskan Allah sebagai pembina akhlak sekalian umat Islam.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya pada hari kiamat melebihi akhlak yang baik.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Hadis ini mengingatkan umat Islam supaya sentiasa menjalani kehidupan di dunia dengan akhlak yang mulia kerana akhlak mulia seseorang mukmin membuktikan dia sudah memperkasakan jati diri serta keimanannya.
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Dan sesungguhnya sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadis riwayat As-Suyuthi)

Oleh itu, di samping kita memenuhi segala perintah Allah mengerjakan amal ibadah wajib dan sunat, soal akhlak tidak boleh dipandang remeh kerana kepincangan berlaku dalam masyarakat hari ini semua berkait dengan keruntuhan akhlak yang semakin merisaukan.

Nabi SAW pernah didatangi perwakilan, lalu mereka bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah hamba Allah yang dicintai-Nya? Nabi SAW menjawab: Orang yang baik akhlaknya.” (Hadis riwayat Al-Haitsami)

Amalan ibadah yang ikhlas kepada Allah disertakan budi pekerti terpuji, seseorang itu dijamin Rasulullah SAW mendapat ganjaran besar di hari akhirat kelak.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Saya menjamin sebuah rumah yang paling tinggi tingkatnya di syurga bagi orang yang berbudi pekerti.” (Hadis riwayat Al-Haitsami)

Kita juga seharusnya menjadikan berdoa sebagai amalan memperbaiki akhlak dengan budi pekerti luhur kerana Nabi SAW sentiasa berdoa yang bermaksud: “Dan berikanlah hidayah padaku agar baik akhlakku. Tidak ada yang mampu memberi hidayah untuk memperbaikinya kecuali Engkau.” (Hadis riwayat Muslim)

Untuk memperbaiki akhlak diri, kaedah terbaik ialah dengan sentiasa bermuhasabah serta merenung perjalanan hidup melalui tingkah laku, pertuturan atau budi ditabur kepada masyarakat. Jika apa dilaksanakan menepati piawaian, dengan izin Allah kita tampil sebagai seorang yang hebat.

Janganlah anggap dengan menjaga solat saja maka kita dikira hebat di sisi Allah kerana akhlak diri akan menjadi kayu pengukur seterusnya untuk menjadikan kita mukmin dikasihi Allah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Penyebab utama masuknya manusia ke syurga adalah bertakwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

Lihatlah susunan tertib orang yang dibenarkan masuk ke syurga Allah iaitu pertama, orang yang bertakwa dan memiliki budi pekerti baik. Malah Nabi SAW juga mengatakan ganjaran akhlak baik sangat tinggi sehingga menyamainya dengan amalan orang yang rajin berpuasa dan solat malam.

Begitulah tingginya kedudukan insan berakhlak mulia dan sewajarnya ibu bapa dalam mendidik anak perlu menekankan pembinaan akhlak mulia yang akan melahirkan modal insan memiliki jati diri serta berketrampilan.

Akhlak yang baik juga membolehkan seorang hamba mendapat tempat hampir dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Ini dijelaskan Nabi SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dariku pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Usah pandang remeh urusan pendidikan akhlak kepada anak sejak kecil lagi kerana ketika itu mereka lebih mudah dibentuk berbanding apabila sudah dewasa dan terdedah pengaruh sekeliling yang menjurus tingkah laku negatif.

Justeru, mendidik anak dengan akhlak sempurna dan menepati kehendak agama seharusnya diutamakan ibu bapa. Kita harus percaya kekuatan iman dan takwa tidak tertakluk kepada amal ibadah spiritual semata-mata kerana akhlak dan budi pekerti mulia turut meningkatkan kekuatan iman.