Thursday, 9 August 2012

Puasa Sebagai Perisai Mencegah Kemungkaran

Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Puasa itu adalah perisai bagi orang yang berpuasa, tidak boleh berkata keji, bersikap bodoh dan jika dicaci maki oleh orang atau diajak berkelahi hendaklah berkata, "sesungguhnya aku sedang berpuasa".

Ibadah puasa bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada allah s.w.t. oleh itu, puasa yang bermanfaat dan diterima oleh allah s.w.t ialah puasa yang dapat mengubah jiwa dan keperibadian seseorang sehingga berada pada jalan yang lurus dan diredai oleh allah s.w.t. allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagai mana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu menjadi orang yang bertakwa.

                                                                                                                                     ( Al-Baqarah: 183)

Wajib bagi orang yang mengerjakan puasa menjauhkan diri daripada perbuatan dan ucapan yang menyimpang dari ketentuan dan perkara yang terlarang agar ibdah puasanya diterima dan jangan sampai natijag (hasil) yang diperolehi dari ibadah puasanya itu hanyalah letih, lapar, dan dahaga. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Adakalanya orang yang mengerakan puasa itu tidak mendapat pahala kecuali dahaga dan lapar.

                                                                                                                                  (Riwayat ibn Majah)

Dan adakalanya orang yang sentiasa bangun pada waktu malam beribadah kepada allah (bertahajud) tidak memperoleh suatu pahala kecuali berjaga (kerana tidak tidur malam)

                                                                                                                                  (Riwayat ibn Majah)

Barang sesiapa yang masih tidak meninggalkan percakapan dusta dan tidak menibggalkan perbuatan keji, maka tiadalah bagi allah apa-apa hajat untuk dia meninggalkan makan dan minuman.

                                                                                                                                      (Riwayat Bukhari)

Dalam hal ini, Ibnu Al-'Arabi berkata:

Yang bermaksud oleh hadis tersebut ialah orang yang mengerjakan puasa tetapi mengucapkan perkataan bohong dan sebagainya, dia tidak mendapat satu pahala pun.

Begitu jugalah pendapat Ibnu Hazm, beliau berkata:

Perkara yang menyebabkan terbatalnya puasa ialah dengan berkata keji dan bercakap bohong; sama dengan terbatalnya puasa kerana makan dan minum.

Pandangan Ibnu Hazm itu walaupun boleh dipertikaikan, tetapi beliau tetap memandang bahawa kemaksiatan dapat menghilangkan kebaikan berpuasa serta merosakkan tujuan baik ibadah tersebut. Khalifah Umar bin Khattab R.A. berkata:

Puasa itu bukan daripada menahan makan dan minum sahaja tetapi juga puasa dari berbohong, kebatilan dan ucapan kosong.

Jibri R.A. berkata:

Jika kamu berpuasa, hendaklah telingamu, pandanganmu serta lidahmu juga turut berpuasa daripada berbohong dan perbuatan keji. Hendaklah kamu dalam keadaan tenang, terhormat dan sabar selama berpuasa sehari penuh. janga menyamakan hari puasa dengan hari biasa.

Para sahabat Rasulullah s.a.w, jika mereka berpuasa, mereka sangat berhati-hati, apabila mereka mengerjakan ibadah puasa, mereka berdiam diri dimasjid dan berkata:
Kami hendak membersihkan puasa kami.

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan ibadah puasa membawa pengaruh baik disampaing mendapat pahala bagi orang yang mengerjakannya. Begitu pula dengan mengerjakan maksiat, memberikan kesan yang buruk disamping balasan dan hukum seksaan allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w tekah memnberitahu cara allah s.w.t menghisab amalan hamba-hambanya di hari akhirat. Aisyah R.A., berkata:

Pada waktu ketika seorang sahabat Rasulullah s.a.w duduk di samping baginda bertanya: "wahai Rasulullah, aku mempunyai dua orang hamba, kedua-duanya selalu mendustaiku dan tidak taat kepadaku, kemudian aku mencaci, memaki dan memukulnya. Bagaimana kedudukanku di akhirat kelak?" Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, " kan diperhitungkan besar kecilnya pengkhianatan mereka terhadapmu melebihi, sama atau kurang, semuanya itu akan diperhitung (dinilai oleh allah)," Kemudian orang itu menangi teresak-esak. Lalu Rasulullah s.a.w menyuruhnya membaca ayat suci Al-Quran al Karim:

yang bermaksud:

Dan (ingatlah) kami (allah) akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amalam makhluk) pada hari kiamat, maka tidaklah ada dari sesiapa yang akan teraniaya sedikit pun dan jika (amalan) itu seberat bijik sawi (sekalipun). Nescaya kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung ) dan cukuplah kami (allah) sebagai penghitung.

                                                                                                                                      ( Al-Anbiyaa': 47)

seterusnya orang itu berkata, Wahai Rasulullah, jalan terbaik bagiku ialah melepaskan (membebaskan) mereka; mulai saat ini aku bebaskan mereka berdua dan engkau yang menjadi saksi."

No comments:

Post a Comment