Friday 27 July 2012

Nilaian Ilmu Suluhan Kehidupan

Gambar Hiasan

Manusia dan Ilmu merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan.   Antaranya,   saling berkaitan.Tingginya nilaian manusia diukur dari sudut ilmu dan ketakwaan,   nilaian ilmu pula akan semakinbertambah kualitinya apabila ia sering dikaji dan diperbahaskan sama ada dari sudut teori mahupunpraktikalSebagaimana  firman Allah SWT yang bermaksud :
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman d ikalangan kamu dan orang yang menuntut ilmudengan beberapa darjat “. 


Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan ilmu terhadap  sebuah masyarakat dan negara.Eropah pada suatu ketika dahulu telah melalui zaman kegelapan di bawah cengkaman kuasa gereja yangpada ketika itu langsung tidak menerima sebarang perkembangan ilmuMalahsesiapa di kalanganmereka yang mendatangkan sesuatu ilmu yang baru akan dihukum bunuh bilamana ianya bersalahandengan ajaran gerejaSebagaimana yang telah berlaku terhadap ahli falsafah Galileo Galilei,   apabila beliau mengeluarkan kenyataan hasil dari kajianmengenai bumi yang bersalahan dengan ajaran gereja
Era kegelapan yang menyelubungi Eropah pada ketika itu  akhirnya menemui sinar apabila berlaku kebangkitan melawan kuasa gereja,  seterusnya  menuju kepada era  ketamadunan.   Rangsangan kesedaran terhadap kepentingan ilmu telah membawa Eropah menemui kemajuan dan kejayaan yangdikecapi sehingga  kini
Begitu juga perkembangan ilmu yang berlaku di bumi Cordoba dan Andalusia ketika mana dikuasai oleh tentera Islam,   mampu melahirkan sebuahnegara yang dipandang tinggi dari sudut keilmuan dan ketamadunannya.  Akhirnya,   ilmu-ilmu dari para ilmuan Islam dicedok oleh golongan barat danOrientalis untuk diaplikasikan   seterusnya dikembangkan di negara mereka
Sahabat-sahabat mahasiswi yang dikasihi sekalian,
Mana mungkin siri-siri kejayaan para ilmuan yang berlaku pada zaman lampau mampu direalisasikan tanpa menempuh sekelumit luka dan jerit perih serta kesungguhan dan pengobanan yang jitu.   Islam di sepanjang zaman tidak pernah melupakan jasa para pejuang dan srikandi agama yang telahmerenjiskan haruman mawar dan lakaran gemilang hasil dari sumbangan mereka terhadap agama.
Dalam meniti arus kehidupan dan pengembaraan ilmu,   muslimah tidak terkecuali dalam memperanankan posisi mereka.   Penguasaan ilmu dan kemahiran merupakan   elemen terpenting yang perlu dititik beratkan oleh seorang muslimah.   Coretan-coretan sejarah yang  disebutkan,   telah membuktikan kepentingan ilmu dan peranannya. 
Oleh itu,   aspek keilmuan tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak.  Menyedari hakikat tersebut,  Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI PMRAM) pada sesi ini telah membawa satu gagasan amanah yang bertemakan “Julang Keilmuan Jana Keizzahan” untuk dilaksanakan bagi merealisasikan tuntutan ummah pada masa kini. 
Bermatlamat  untuk melahirkan mahasiswi berilmu dan berperanan sebagai  daie kepada masyrakat berteraskan al-Quran dan as-sunnah,   beberapa misi dan perangkaan gerak kerja telah disusun bagi menjayakan tanggungjawab dan amanah  yang telah dipundakkan diperingkat pimpinan mahupun ahli untuk dilaksanakan bersama.
Kredibiliti  seorang  muslimah merupakan di antara fokus yang diberi keutamaan pada sesi ini. Keizzahan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi mahupun seseorang individu tersebut,  tidak hanya dijana dari sudut luaran semata-mata, malahan sudut dalaman lebih perlu untuk di beri keutamaan.
Antara kejayaan yang telah dicapai dalam memperanankan peranan muslimah ialah,  peringkat HEWI PMRAM telah mampu untuk melahirkan seramai 40 orang tenaga pengajar dan pengisi dari kalangan muslimah.  Ini adalah hasil dari kesungguhan di setiap peringkat individu yang merasakan bahawa erti hidup adalah pada memberi dan keperluan untuk mengisi di setiap kelompangan yang ada. Menjadi harapan di peringkat HEWI PMRAM untuk melihat angka tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa. 
Justeru,  perlu disedari wahai sahabat mahasiswi sekalian, bahawa muslimah kini menjadi penentu kepada keseimbangan perjuangan Islam.  Bahkan muslimah merupakan agen utama dalam membentuk serta mendidik pelapis-pelapis pejuang agama Islam dari peringkat terawal. Ini sekali gus menjadikan bahawa kehadiran muslimah ditengah-tengah kelompok masyarakat adalah amat penting.
Maka, peranan muslimah tersebut mestilah dipelihara berlandaskan ilmu dan kefahaman yang jelas mengenai Islam.  Ilmu dan kefahaman menjadi penyuluh kepada gerak- geri muslimah agar tidak menjadi mereka yang melampaui batasan dan terlalu tertutup sehingga kewujudan mereka dianggap bagaikan tiada.  
Oleh itu,  saya menyeru kepada seluruh mahasiswi di perlembahan Nil ini agar terus merancakkan usaha kita dalam mencedok sebanyak mungkin ilmu sepanjang permusafiran kita di sini. Namun, dalam masa yang sama keutamaan perlulah diberikan terhadap kualiti berbanding kuantiti. Setiap Ilmu, pengikatnya adalah amal. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Maka, teruskanlah memberi sumbangan dalam gerak kerja Islam kerana itu adalah salah satu hak ilmu yang perlu ditunaikan bersama.

No comments:

Post a Comment