Sunday 29 July 2012

43 SOAL JAWAB MENGENAI PUASA

Gambar hiasan

1) Soalan: adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin/bermukim).
Jawapan: mengikut pendapat yang lebih rajih tidak wajib berimsak.
Imsak ialah menahan diri dari makan dan minum.
2) Soalan: adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?
Jawapan: sah puasa.
3) Soalan: adakah perempuan yang haid wajib berimsak?
Jawapan: perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.
4) Soalan: adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?
Jawapan: sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.
5) Soalan: kanak-kanak yang belum baligh adakah wajib berimsak dan qada puasanya?
Jawapan:
 tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada.
6) Soalan: orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya
Jawapan: wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

7) Soalan: seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?
Jawapan: tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.
8) Soalan: apakah hukum yang dikenakan kerana berzina pada bulan puasa 
Jawapan: hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).
9) Soalan: seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
Jawapan:
 sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.
10) Soalan: seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak
Jawapan: sunat berimsak.
11) Soalan: adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya (syak), masuk waktu subuh jawapan: sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada.
12) Soalan:adakah wajib qada' puasa yang ditinggalkan semasa dia gila)
Jawapan: tidak wajib qada' puasa tersebut.
13)Soalan: adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?
Jawapan: tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja, maka tidak batal puasanya.
14) Soalan: adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?
Jawapan: tidak sah puasanya.
15)Soalan: apakah hukum menggosok gigi pada bulan puasa?
Jawapan:
 hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.
16) Soalan: adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?
Jawapan:
 tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila menggosok gigi dan sengaja dia menggosoknya.
17) Soalan: apakah hukum meneruskan puasa dua hari berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka?
Jawapan: haram berpuasa dengan tidak berbuka.
18) Soalan: apakah hukum cabut gigi dan berbekam ketika berpuasa?
Jawapan:
 hukumnya makruh.

19) Soalan: apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada ramadan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?

20) Jawapan: tiada hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.
Soalan: seseorang yang meninggal dunia, puasanya sudah diqada, tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?
Jawapan:
 fidyahnya tidak bertambah.

21)Soalan: seseorang yang terdengar azan subuh ketika bersahur, adakah sah puasanya?
Jawapan: sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada dalam mulutnya.
22) Soalan: seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya?
Jawapan:
 batal puasanya.

23)Soalan: air liur yang terkumpul dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Jawapan: tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.
24) Soalan: air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa?
Jawapan:
 batal puasanya.

25) Soalan: apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa
Jawapan: sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada allah. Sabda rasulullah bermaksud: “sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh allah kepadanya."
26) Soalan: adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan kanta lekap?
Jawapan:
 boleh.

27)Soalan: orang yang berpuasa yang melakukan dua kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan dua kifarat?
Jawapan: dikenakan satu kifarat saja.
28) Soalan: apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
Jawapan: harus membatalkan puasa tersebut itu dua sebab:-
n Kerana keuzuran dirinya sendiri.
n Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan:
n Jika berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada saja.
n Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada dan fidyah sekadar satu cupak beras sehari.
n Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada saja.
29) Soalan: adakah wajib qada puasa yang ditinggalkan ketika dia gila?
Jawapan:
 tidak wajib qada puasa itu.

30) Soalan: apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan.
Jawapan: boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada' ke atasnya.
31) Soalan: adakah harus qada puasa kepada si mati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqadakan puasanya oleh 30 orang selama satu hari.
Jawapan:
 harus dan sah.

32) Soalan: orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadakan puasa untuknya?
Jawapan: tidak boleh diqadakan puasa kepada orang yang masih hidup.
33) Soalan: bolehkah dibayar fidyah 10 cupak kepada seorang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang?
Jawapan:
 boleh diberi kepada satu orang atau 10 orang.
34) Soalan: adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum subuh pada hari tersebut.
Jawapan: sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.
35) Soalan: adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar.
Jawapan: sah puasa.
36) Soalan: adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya.
Jawapan: sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak
37) Soalan: adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.
Jawapan: batal puasa.
38) Soalan: adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.
Jawapan: tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).
39) Soalan: adakah sah puasa bagi orang yang pitam
Jawapan: sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.
40) Soalan: adakah pahala membaca ai-quran dan bersedekah di bulan ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain
jawapan: pahala membaca ai-quran dan bersedekah dibulan ramadhan adalah berganda.
41) Soalan: hukum puasa orang yang terkentut dalam air
Jawapan: puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.
42) Soalan: hukum mencantumkan puasa qadha' dengan puasa sunat
Jawapan: hukumnya harus bahkan setengah ulama' mengatakan sunat.
43) Soalan: adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak yatim?
Jawapan: tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang berhak menerima fidyah puasa ialah kepada fakir miskin.

No comments:

Post a Comment