Friday 14 September 2012

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Ikhlas



Gambar hiasan 

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. 

 .
Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme,animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.
 .
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
 .
.
.

Sebab Diturunkan

Terdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW: صف لنا ربك Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?).
.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.
.
Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskanbersihNya Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifatKesempurnaan Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang. Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang daripada pergaulan berdua timbullah anak.”


Ayat dan Terjemahannya:

.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
.

قُلْهُوَاللَّهُأَحَدٌ١

Qul huwa Allahu ahad
1.  Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
.

اللَّهُالصَّمَدُ٢

Allahus-samad
2.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
.

لَمْيَلِدْوَلَمْيُولَدْ٣

Lam yalid walam yulad
3.  Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
.

وَلَمْيَكُنلَّهُكُفُوًاأَحَدٌ٤

Walam yakun lahu kufuwan ahad
4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
 .
.
.

Fadhilat Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
.
1.      Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.
.
Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
 .
.
2.  Sebahagian Al-Quran
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
 .
Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
 ,
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
 .
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
 .
.
3.  Khatam Al-Quran
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
 .
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
.
.
4.  Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
 .
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
 .
.
5.  Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
 .
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
 .
.
6.  Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.
Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
 .
“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”
.
.
7.  Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
.
Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
.
.
8.  Balasan Syurga
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan denganRasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”
 .
Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas)sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.”  (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).
Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”  (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
.
Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”
Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”
 .
Subhanallah, hanya sekadar surah yang begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Maka eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
 .
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
.
.
9.  Dipelihara Keselamatan
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”



Khasiat Surah Al-Ikhlas
Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan ‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.
Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:
.
1.  Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ  1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
 .
2.  Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:  “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).”  (HR: Ibnu Majah r.a.)
 .
3.  Menghindari Kesukaran
 a. Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
 b. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
 .
4.  Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ  1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
 .
5.  Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a. Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b. Bacalah lafal  ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
 .
6.  Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
 .
7.  Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
 .
8.  Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
 .
9.  Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
 .
10.  Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
- sebagai benteng/pagar diri
- sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
- anti sihir/santau
- mahabbah
- murah rezeki
- perubatan
- membuka hijab
- perlindungan dari zina
- bersih dan sucikan hati kita.
.
.
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
.
Wallahu A’lam bishowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sunday 9 September 2012

DOSA MAKSIAT WAJIB DIJAUHI BUKA DICARI

1. Tiada siapa boleh mendakwa bahawa dia tidak pernah melakukan maksiat melainkan para nabi dan rasul yang ma’sum (terpelihara daripada dosa). Namun ia bukan alasan untuk melakukan maksiat dan berterusan dengannya. Kerana dosa yang kita dapat daripada maksiat yang dilakukan sangat berbahaya kepada diri kita dan masyarakat. Ia menjauhkan kita daripada Allah Azza wa Jalla dan rahmatNya. Pada masa yang sama ia mendekatkan kita dengan kemurkaanNya dan azabNya, wal ‘iya zubillah.

2. Sekiranya seseorang berterusan melakukan maksiat dan kesilapan, maka semakin jauh dia daripada Allah SWT. Sebab itu, terdapat banyak ayat al-Qur’an yang memberi amaran agar menjauhi dosa, disamping menjelaskan balasan yang bakal diterima oleh pelaku dosa. Allah SWT mendedahkan apa yang menimpa umat terdahulu kerana dosa yang mereka lakukan menerusi firmanNya dalam surah al-Maidah ayat 49 bermaksud:
Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

3. Begitu juga dengan fiman Allah Azza wa Jalla dalam surah al-A’raf ayat 100 yang bermaksud:
Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka.

4. Demikianlah bahaya dan kesan maksiat yang dilakukan yang menyebabkan dosa lantas mengundang azab Allah SWT. Kebanyakan para ulama’ telah membahagikan dosa kepada dua jenis iaitu dosa kecil dan dosa besar. Antaranya sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Qarafi (684H), katanya:
Dosa-dosa itu terbahagi kepada dosa kecil dan dosa besar. (al-Qarafi, al-Furuq)

5. Pembahagian para ulama’ tersebut berdasarkan istiqra’ (penelitian) terhadap teks ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith nabi SAW yang menyebut secara jelas perkataan al-kabair (dosa besar), lalu yang selain daripadanya adalah bukan al-kabair, dan yang bukan al-kabair inilah yang dinamakan oleh para ulama’ dengan al-saghair (dosa kecil).

6. Di antara ayat al-Quran yang menyebut secara tepat dan jelas perkataan al-kabair ialah firmanNya dalam surah al-Najm ayat 32 yang bemaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi kabair (dosa-dosa besar) serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu. Dia sahaja lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

7. Dalam hadith pula, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Solat lima waktu, dan Jumaat hingga Jumaat berikutnya, menghapuskan dosa di antara kedua-duanya selagi mana tidak melakukan dosa besar. (Riwayat Muslim) 

Dosa besar
8. Dosa besar adalah semua maksiat yang disebut secara jelas pengharamannya dalam al-Qur’an atau hadith nabi SAW sama ada dengan menggunakan perkataan laknat atau kemurkaan, hukumannya juga dinyatakan dengan jelas seperti azab atau api neraka.

9. Contoh-contoh dosa besar adalah syirik menyengutukan Allah SWT, membunuh orang lain tanpa kebenaran syara’ dan sihir. Firman Allah SWT tentang dosa membunuh sebagaimana dalam surah al-Nisaa’ ayat 93 bermaksud:
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

10. Nabi SAW pula meminta kita semua menjauhkan tujuh perkara yang boleh membinasakan. Ia dikategorikan sebagai senarai dosa-dosa besar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Jauhkanlah diri kamu dari tujuh yang membinasakan, ditanyakan kepada nabi SAW: Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?, nabi menjawab: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, menuduh zina kepada wanita mukminat yang baik. (Riwayat al-Bukhari).

11. Dengan senarai yang disebutkan dengan jelas, maka maksiat dan dosa tersebut adalah dalam kategori dosa-dosa besar. Ia disifatkan sebagai membinasakan kerana balasan yang bakal menimpa pada hari akhirat kelak. Kita perlu bersungguh-sungguh menjauhkan diri kita daripadanya agar tidak mendapat kebinasaan.

Dosa kecil
12. Selepas mengetahui dosa-dosa besar, maka selainnya adalah dalam kategori dosa kecil. Walaupun tidak disebut secara jelas akan hukumannya yang tertentu dengan kadar balasan yang tertentu, ia tetap maksiat yang mengundang dosa. Kerana ia termasuk dalam perbincangan akhlak yang buruk yang perlu dielakkan dan tabiat yang tidak baik.

13. Contoh-contoh dosa kecil ini seperti tidak menjawab salam, tidak memenuhi jemputan tanpa sebarang keuzuran, memukul dan mencederakan orang lain dan mengumpat. Namun kita perlu ambil perhatian, kerana jika dosa-dosa kecil ini berterusan maka ia boleh menjadi dosa besar.Maka dosa kecil tidak boleh dipandang ringan, dan ia tidak boleh berterusan. Imam al-Tabari (310H) menaqalkan kata-kata Ibn Abbas dalam tafsirnya:
Tiada dosa besar dengan istighfar, dan tiada dosa kecil dengan berterusan. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan an Ta’wil Aiy al-Qur’an)

14. Dosa kecil juga boleh bertukar kepada yang lebih besar jika pelakunya berbangga dan bergembira dengan maksiat yang dilakukan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Semua umatku akan dimaafkan kecuali mujahir (mereka yang berterus terang). Mereka yang mujahir adalah seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan pada malam hari sedangkan Allah telah menutupnya, lalu berkata pada keesokan harinya: wahai fulan, aku telah melakukan itu dan ini semalam, pada malamnya Allah sembunyikannya, apabila pagi dia mendedahkan apa yang telah Allah sembunyikan. (Riwayat al-Bukhari)

15. Apabila mengetahui dua kategori dosa ini, maka kewajipan kita ialah menjauhkan dan meninggalkan semua dosa maksiat ini sebagaimana yang dilarang oleh Allah SWT dan rasulNya SAW. Tidak ada bezanya di antara dosa besar dan dosa kecil dari aspek perlu meninggalkannya, kerana ini yang diperintahkan oleh nabi SAW sebagaimana sabdanya bermaksud:
Dan semua yang aku larang daripadanya, maka jauhkan lah diri kamu daripadanya. (Riwayat al-Bukhari)

16. Meninggalkan maksiat ini tidak memerlukan kepada niat, berbeza dengan melaksanakan ibadat yang disyaratkan niat padanya seperti solat dan puasa. Menjauhkan maksiat akan tercapai maksudnya hanya dengan meninggalkan maksiat tersebut, ia tidak berhajat kepada niat. Namun, syeikhuna Dr. Mustafa al-Bugha mencadangkan kepada kami ketika pengajian bersamanya agar tetap berniat pada setiap awal pagi iaitu meninggalkan maksiat kerana menjunjung perintah Allah Azza wa Jalla agar beroleh ganjaran pahala daripadaNya. Ia adalah kefahaman yang diambil daripada kata-kata Imam al-Qarafi (684H):
Adapun perkara yang dilarang, ia tidak memerlukan niat secara syara’, bahkan seorang insan boleh terlepas daripada sesuatu larangan hanya dengan meninggalkannya sahaja walaupun tanpa dia sedari, apatah lagi untuk berniat kepadanya. Ya, jika seseorang berniat meninggalkan suatu larangan, semata-mata kerana Allah maka dia akan memperolehi pahala, dan jadilah perbuatan meninggalkan (larangan) tersebut sebagai mendekatkan diri (ibadah kepada Allah). (al-Qarafi, al-Furuq) 

17. Kesimpulannya, semua maksiat yang dilarang wajib kita tinggalkan, kerana dosa yang terhasil bakal membahayakan dan membinasakan kita. Berniatlah setiap hari, kita meninggalkan larangan semata-mata kerana Allah Azza wa Jalla, agar setiap detik masa yang kita lalui adalah ganjaran pahala yang tidak putus-putus.

Friday 7 September 2012

10 Golongan Yang Tidak Mendapat Syafaat Nabi Muhammad S.A.W.

Sering kita mendengan golongan-golongan yang mendapat syafaat Nabi diakhirat nanti. tetapi penahkan kita mengetahui golongan-golongan yang tidak mendapat syafaan Nabi S.A.W.. 10 Golongan Yang Tidak Mendapat Syafaat Nabi Muhammad S.A.W ialah:

~1~golongan yang derhaka
~2~golongan yang didalam hatinya ada penyakit
~3~golongan yang membenci islam
~4~golongan yang hanya memikirkan dunia
~5~golongan yang meremehkan islam
~6~golongan yang mengabaikan akhlak mulia
~7~golongan yang melupakan kebahagiaan dan ketenangan hidup
~8~golongan yang derhaka ibu bapa
~9~suami yang tidak menjaga isteri dari neraka
~10~isteri yang tak mahu menyayangi dan mengurus anak.

bagi golongan yang pertama,iaitu golongan yang derhaka.ia terbahagi kepada 2 iaitu:

~kufur kepada Allah
~golongan yang derhaka.

golongan yang kufur pada Allah

kekufran adalah kejahilan.kekufuran adalah kejahilan bakan kekufuran adalah kejahilan yang hakiki.kejahilan terbesar dan terhina ialah kejahilan manusia yang tidak mengenali Rabb.Manusia menyaksikan penciptaan alam yang besar dan berkenalan dengannya siang dan malam,tetapi dia tidak mengenali Penciptanya dan Zat yang memerintahnya sehingga bergerak terus menerus.

golongan yang derhaka

kekufuran juga membawa kepada kederhakaan dan kelalaian terhadap hak-hak sesama manusia.dari manakah datang rezeki manusia sehinga dia mesti berlaku baik melalui rezekinya terhadap manusia lain?Bukankah Allah SWT yang telah memberi rezeki,kekuatan,kukuasaan dan pemerintahan?Manusia semestinya memberi nikmat dan berbuat baik kepada manusia lain sepertimana Allah SWT berbuat baik kepadanya.

kufur kepada Allah pula terbahagi kepada 3:

~kufur nikmat
~menzalimi diri sendiri
~ingkar

kufur nikmat.

wahai manusia,tanyalah dirimu;siapakah yang telah mencipta batu bata,hidrogen,oksigen,udara dan sebagainya yang tidak mempunyai nyawa dan akal?siapkah yang mengeluarkan dari alam ini makhluk besar dan mustahak seperti manusia?tidakkah kamu kagum menyaksikan beraneka ragam benda dipelusuk alam ini?alam ini berhajat dan memerlukan Zat Yang Maha Pencipta dan Memiliki kemahiran yang tiada tolak bandingnya.

meskipun demikian,akal manusia masih jahil dan tidak terbimbing untuk mengenali Zat Yang Maha Mulia.adakah masih terbuka pintu ilmu yang benar pada manusia seperti ini?manusia yang telah sesat pangkal pengetahuannya?manusia seperti ini tidak akan mendapat petunjuk jalan yang lurus dan ilmu yang benar sekalipun penelitian,perbahasan,dan penyelidikan telah sampai ke pangkal pemikiran lantaran dia mengalami kegelapan dan kejahilan di permulaan lagi.

seterusnya,dia akan terus dalam kegelapan dan kejahilan hingga akhir hayatnta.kekeufuran adalah kezaliman.kekufuran adalah kezaliman bahkan,kekufuran adalah kezaliman yang paling besar dan jahat.ini selaras dengan makna zalim iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang layak dan menggunakan sesuatu secara paksa dan tidak wajar mengikut fitrahnya.

menzalimi diri sendiri

manusia telahpun maklum bahawa sesuatu yang terdapat di langit dan dibumi terikat kepada perintah Allah.dan difitrahkan dengan fitrah islam(patuh).manusia sendiri dengan tubuh badan dan segala anggotanya tidak dilahirkan melainkan atas fitrah ini.Allah swt telah memberikan haq kepada manusia agar menggunakan anggota2 tubuhnya mengikut kehendak fitrah.manusia tidak boleh menggunakan anggota2nya melainkan yang sekadar diredhai oleh Allah swt.tetapi,manusia yang kafir kepada Allah telah menggunakan anggota2 tubuhnya dengan cara yang tidak sesuai dengan fitrah.dia memenuhi kehendak hatinya dengan kegelapan,membesarkan yang lain daripada Allah swt.dan cinta atau gemar kepda yang lain daripada Allah.fitrahnya menuntut supaya hatinya dipenuhi dengan cahaya membesarkan Allah,cinta dan gemar kepada-Nya dan bergantung kepada Yang Maha Esa.fitrahnya juga menuntut seluruh anggota tubuhnya dan segala miliknya digunakan mengikut undang2 Allah swt.

justeru,dengan nama Allah swt,jawablah siaakah yang lebih zalim daripada orang yang hidupnya menzalimi segala yang ada di dunia,termasuk dirinya sendiri?kekufuran bukan sekadar zalim bahkan kekufuran juga ialah pemesongan,penentangann,pengingkaran dan kekejian.Adakah manusia menjadi pemilik bagi sesuatu yang paling hampir dengannya?siapakah yang menjadikan akal dan otaknya?adakah dirinya sendiri atau Allah swt.jawapannya adalah Allah.

Allah swt telah mencampakkan nikmat2-Nya kepada manusia.inilah kebenaran yang tidak dapat disangkal lagi.oleh itu,siapa yang lebih zalim,lebih derhaka dan lebih menentang daripada orang yang menggunakan akal fikirannya berfikir untuk melawan Allah swt?

ingkar

seoarang hamba biasanya akan dihukum apabila dia dia hidup dengan rezeki tuannya tetapi tidak menjaga haq2 tuannya hingga menjadi hamba yang ingkar.seorang pegawai pentadbir yang menggunaka kuasanya berlawanan dengan maslahat kerajaan yang dituduh sebagai penderhaka dan terkeluar daripada kehendak pemerintah.seseorang itu,akan dikatakan ingkar jika dia melengah2kan haq tuannya demi mengejar hal lain.bukankah semuanya daripada Allah?

golongan yang derhaka juga terbahagi kepada

~tidak menunaikan hak ibu bapa
~membangkang terhadap perintah Allah
~tidak mengenal Allah.

Tuesday 4 September 2012

Kelebihan Membaca Al-Ma'thurat


Gambar hiasan 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah. Di hari Jumaat yang mulia ini saya ingin berkongsi tentang kelebihan bila kita membaca Al-Mathurat. Mesti ramai antara kita dah selalu mengamalkannya di waktu petang dan diwaktu pagi.

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

Di dalam al-Mathurat ada himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi Muhammad S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas asar/magrib. Kelebihannya adalah seperti berikut :

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 

5. Selamat dari segala sesuatu. 

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 

7. Allah berhak untuk meredainya 

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 

9. Terhindar daripada syirik. 

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

Monday 3 September 2012

Amalan Mengelak Diri Daripada Sihir

Gambar hiasan

Nabi SAW pernah mengingatkan : “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu ) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya
” Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” ( Al-Hijr: 42)
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : “Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya”
( An-Nahl : 99)
Sebelum menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.
2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : ” … Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan “sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan “. Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri…. Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun” ( Al-Baqarah : 102)
3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : “..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. ” ( Al-Baqarah : 102 )
4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Ertin firman Allah : ” Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) ” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )
Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga” (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : “Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim”.
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : ” بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم “, ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)
6) Membaca zikir : “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir ” ( sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7) Membaca : ” A’uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq”
أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )